kau menulis tentang diriku
kau buat aku terharu
ketulusan hatimu
membuat kurasa yang aku tak layak untukmu
maafkan aku
atas kesilapanku yang lalu...
andai dapatku undurkan masa dulu
akanku tebus kesilapan itu
terus menyayangimu
sentiasa disampingmu
namun begitu
itu semua hanyalah anganku
kerana masa tidak mungkin berputar kembali
ya.. aku yang berubah
aku yang beralih arah
aku yang melangkah pergi darimu
sekali lagi
maafkan aku
sesungguhnya
aku telahpun mendapat balasan
atas kesilapanku itu...
dalam coretanmu
kau mengharapkan aku kembali
kembali seperti dahulu
aku tidak menolak
andai benar kaulah yang tercipta untukku
namun diri ini
masih tidak mampu
menjadi yang terbaik untukmu
sekali lagi
maafkan aku...
ku doakan kau bahagia
di mana jua kau berada
terima kasih ku ucapkan
kerana masih lagi
mengingati diri ini...
No comments:
Post a Comment